Wednesday, December 26, 2012

SUPER 2012

Jom Sertai! Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi Kebangsaan 2012


Anjuran Bersama,

Pendaftaran masih terbuka | Walk-in juga diterima
DAFTAR DI SINI

“Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2012” (SUPER ’12) yang akan berlangsung di Hotel Permaisuri MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 28 dan 29 Disember 2012 ini menjangkakan kehadirannya sekitar 200 orang peserta.
Penganjur utamanya Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) membuka peluang penyertaan kepada ahli dan bukan ahli HALUAN. Peserta akan berpeluang menemui para penceramah yang terdiri daripada mereka yang mengasaskan persijilan seperti“Islamic Manufacturing Practice” (IMP), “Goods Manufacturing Product” (GMP) dan “Syariah Compliance Muslim Product” (SCMP) serta pengusaha-pengusaha berjaya, pakar pemasaran dan pengendali koperasi.
Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN Malaysia (BeKN), Biro Profesional (BP), Kelab Usahawan HALUAN (KUH) serta Koperasi Ikhtisas Malaysia Berhad (KIMB).
Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH) adalah selaku tuan rumah SUPER ’12 ini. Dua kategori peserta yang terdiri daripada ahli HALUAN dan yang bukan ahli adalah atas dasar untuk menghubungkan HALUAN dengan masyarakat umum, khususnya di kalangan usahawan, profesional dan wakil-wakil koperasi seluruh negara.
Seminar yang bertemakan “Sinergi Usahawan & Profesional Ke Arah Keunggulan Ummah” akan memberi fokus pada dua objektif utama. Yang pertama, bertindak secara kolaborasi untuk memperkukuhkan ekonomi ummah, dan yang kedua untuk membina usahawan dan profesional pelapis yang kompeten dan beretika (berintegriti).
“Memandangkan golongan muda menjadi agenda penting dan utama, maka pihak sekretariat telah melakar satu kaedah mudah di mana pihak yang lebih senior dan berpengalaman digalakkan untuk “menaja” golongan muda untuk turut hadir bagi menimba pengetahuan menghadapi cabaran dan saingan semasa hari ini. Rakan-rakan sebaya juga boleh sama-sama membantu untuk memperkenalkan pada rakan-rakan yang lain, sekaligus budaya kerjasama ini kami cuba terapkan secara tidak langsung pada peserta,” jelas Penasihat SUPER ’12, Encik Rosli Adam selaku CEO Bina Integrated Sdn Bhd.
Seminar ini akan lebih bermakna kerana akan berbincang isu halal haram melibatkan umat Islam.
Teruskan membaca [Klik

No comments:

Post a Comment