Friday, June 17, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 11


Ahli-ahli Lembaga Koperasi,
Anggota-anggota Koperasi,
Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH).

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2011 KOPERASI UMMAH DANA WAWASAN MELAKA BERHAD.

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara berhubung di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad dengan ini meyampaikan notis bertulis yang mengandungi maklumat berkaitan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11 yang dicadangkan  kepada Anggota Koperasi mengikut seperti Perkara 28 (1) dalam Undang-Undang Kecil Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad seperti berikut :-

      Tarikh:  26 Jun 2011 (Ahad), 24 Rejab 1432 Hijrah.
Masa:  10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat:  Kudwah Centre,
2F-1, Jalan SS 1,
Taman Seri Selendang, Batu Berendam,
75350 MELAKA.
                  
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUDWAH KALI KE 11

  1. Melantik Pengerusi Mesyuarat.
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 10 Tahun 2010 yang lalu.
  3. Menimbang Laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman.
  4. Menimbang dan Meluluskan Akaun-akaun Teraudit Koperasi dan Laporan Juruaudit.
  5. Memilih 10 orang anggota Lembaga.
  6. Menimbang dan Meluluskan Belanjawan Tahunan bagi Tahun 2011/2012.
  7. Meluluskan Elaun Kepada Anggota Lembaga dan saran, jika ada.
  8. Meluluskan Perlantikan Juruaudit untuk Mengauditkan Akaun-akaun Koperasi.
  9. Melantik Suatu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam Orang Anggota dan Empat Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11.
  10. Menimbangkan Sebarang Perkara Yang Mana Sekurang-kurangnya 7 Hari Notis Telah Dikeluarkan.
  11. Menimbang dan Meluluskan Apa-apa Cadangan Pindaan Kepada Undang-undang Kecil Koperasi, jika ada.
  12. Ucapan Penangguhan.
  

3.  Tuan/Puan dijemput hadir.  Sekian terima kasih dan harap maklum.

Yang benar, 


 




(NOORHISHAM BIN HUSSIN)
Setiausaha,
Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH)

S.k. Pengerusi Lembaga Koperasi, KUDWAH.





BORANG USUL [Muat turun disini]


Isi borang usul Online [ DI SINI ]

No comments:

Post a Comment