Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH) telah diasaskan pada 10 Januari 1998 dengan satu semangat memberi kemudahan, menjaga kebajikan dan meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Pada awal penubuhannya, KUDWAH mempunyai ahli seramai 30 orang yang kini meningkat tahun demi tahun menjadi 72 orang.
KUDWAH mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama pada 30 November 1997 di Air Keroh Contry Resort. Pada ketika itu, KUDWAH berpengkalan di pejabat sementaranya di Taman Perwira Cheng. Pada tahun ke sembilan penubuhannya, KUDWAH membuka pejabat barunya di Taman Seri Duyung Seksyen 2 yang masih kekal hingga kini.
KUDWAH mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama pada 30 November 1997 di Air Keroh Contry Resort. Pada ketika itu, KUDWAH berpengkalan di pejabat sementaranya di Taman Perwira Cheng. Pada tahun ke sembilan penubuhannya, KUDWAH membuka pejabat barunya di Taman Seri Duyung Seksyen 2 yang masih kekal hingga kini.
Sepanjang penubuhan KUDWAH, koperasi ini lebih mementingkan pembangunan dan menjaga kebajikan ahli. Pertemuan ahli kerap dilakukan bagi memastikan ukhwah antara ahli sentiasa terjaga dan dikekalkan. Kekuatan ikatan persaudaraan antara ahli koperasi ini yang membina kelainan dan keunikan KUDWAH berbanding koperasi lain.
Walaupun begitu, KUDWAH merasakan peningkatan aktiviti ekonomi juga salah satu elemen yang sangat penting untuk ditingkatkan. KUDWAH pernah memberi pinjaman Qardul Hasan kepada ahlinya yang ingin membina atau meluaskan perniagaan mereka. Walaupun pemberian pinjaman seperti ini tidak memberikan pulangan yang tinggi kepada KUDWAH, tetapi ia merupakan satu kepuasan buat ahli KUDWAH kerana telah membantu rakan ahlinya meningkatkan ekonomi keluarga.
Kerjasama harus dilazimi dalam sebuah Koperasi |
Pemilihan Ahli Lembaga baru KUDWAH pada 2010 yang lalu telah memberi impak yang besar kepada perkembangan KUDWAH. Satu langkah drastik telah diambil oleh ALK untuk membina sebuah empayar ekonomi baru KUDWAH berdasarkan kepada keperluan dan cabaran semasa. Satu suntikan semangat telah diberikan oleh SKM agar KUDWAH terus mengorak langkah bagi menjayakan misi dan visi KUDWAH juga mencapai aspirasi koperasi negara.