Friday, July 5, 2013

SUPER 2013




SUPER 2013

Pendaftaran DI SINI, http://super.mymubin.com

Untuk seberang pertanyaan, boleh hubungi:
Encik Amri (013-3977192), Encik Mohd Sidek (019-6222724) dan Encik Rosli (019-2176106)

SELANGOR, 20 Jun 2013 – “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2013 (SUPER’13) yang akan berlangsung di Dewan Utama, Bangunan HALUAN Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 29 dan 30 Jun 2013 ini menjangkakan kehadiran sekitar 80 orang peserta di kalangan ahli HALUAN dari seluruh Malaysia.
Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN (BeKN), Biro Profesional, Kelab Usahawan HALUAN serta Koperasi Ikhtisas Malaysia Berhad (KIMB). Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi (KOPLIT) adalah urusetia SUPER’13.
Peserta terbuka kepada para usahawan, profesional dan wakil-wakil koperasi seluruh Negara dari kalangan ahli HALUAN.
Seminar yang bertemakan “Penguasaan Ekonomi Seiring Manhaj Rabbani” akan memberi fokus pada tiga objektif utama iaitu Menggembleng Modal Insan, Kepakaran & Dana, Merangka Tindakan Bersepadu Ke Arah Mencapai Halatuju HALUAN dan Meningkatkan Penguasaan Ekonomi Melalui Penubuhan Bank.
Encik Mohd Sidek Abdul Latif

“Peserta SUPER’13 akan lebih ditekankan pada tugasan kumpulan projek yang telah dibincangkan pada SUPER’12 yang lalu dan semua resolusi yang dicapai akan dibengkelkan untuk memastikan segala langkah-langkah yang diambil selepas SUPER’13 adalah tindakan yang masih relevan, boleh dicapai dan berdaya maju” kata Encik Mohd Sidek Abdul Latif selaku Ketua Biro Ekonomi HALUAN.
Teruskan membaca [Klik

No comments:

Post a Comment